Panduan Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI) 2022

Panduan Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI) 2022|ANDA ingin menjalani sesi temuduga SPA tahun 2022? Perhatian buat calon yang bakal menduduki sesi temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun 2022. Untuk makluman anda, pelaksanaan temuduga secara online in situ (TSOI) diwajibkan mulai 15 Jun 2021 kepada calon yang bakal menduduki sesi temuduga. Berikut dikongsikan Panduan Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI) 2022 buat rujukan anda.

Panduan Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI) 2021


Sedia maklum, calon dikehendaki membuat semakan penjadualan semula tarikh urusan TSOI dari semasa ke semasa melalui emel, Portal SPA dan FB Rasmi SPA. 


Panduan Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI) 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara menghadiri temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI) termasuk panduan sebelum dan semasa temuduga:


Cara Temuduga SPA Secara Online In Situ 2022

A. Sebelum Temuduga 

1. Semak butiran panggilan temuduga

Calon perlu membuat semakan dan peka dengan tarikh dan masa sesi temuduga sepertimana yang tercatat dalam dokumen panggilan temuduga.

2. Lokasi temuduga

Calon dikehendaki untuk menduduki temuduga secara maya di kediaman masing-masing. Calon tidak perlu hadir ke mana-mana Pusat TemuDuga SPA.

3. Persiapan teknikal 

Calon perlu memastikan kelengkapan teknikal untuk menduduki temuduga maya tersedia termasuklah:

i. Peranti (smartphone/laptop/desktop).

ii. Aplikasi temu duga maya yang ditetapkan dalam dokumen panggilan temuduga telah dimuat turun.

iii. Talian internet yang stabil dan kuota mobile data yang mencukupi bagi memastikan kelancaran sesi temu duga.

iv. Kamera pada peranti berfungsi dengan baik bagi membolehkan panel penemuduga dapat melihat imej calon dengan jelas.

v. Penggunaan peranti sokongan untuk sistem audio (earphone/headphone/external microphone) adalah disarankan bagi membolehkan suara calon dan panel penemuduga dapat didengari dengan jelas.

vi. Calon perlu membuat semakan terhadap tetapan audio dan kamera pada peranti yang digunakan agar ditetapkan dalam mod ‘on’.

4. Pemilihan ruang dan persekitaran temuduga yang konduksif 

Bagi membolehkan temu duga maya dilaksanakan dengan lancar, calon disyorkan untuk mengenal pasti dan menyediakan ruang persekitaran yang kondusif dan bersesuaian iaitu:

i. Bebas dari bunyi bising yang dapat mengganggu sesi temuduga.

ii. Pencahayaan yang cukup. Elakkan kedudukan yang membelakangkan sumber cahaya bagi mengelakkan kesan backlight.

iii. Penggunaan ruang yang bersih dan kemas bagi mengelakkan konsentrasi panel penemuduga terganggu.

iv. Hanya calon sahaja dibenarkan untuk berada di ruang temuduga. Individu lain yang tidak berkaitan tidak dibenarkan untuk hadir temuduga bersama-sama calon.

5. Melengkapkan dan memuat naik dokumen temuduga di dalam sistem MyResume

Calon perlu melengkapkan dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam Sistem MyResume.

6. Menghadiri sesi simulasi

Calon diwajibkan untuk menghadiri sesi simulasi bagi memastikan kesesuaian peranti dan rangkaian serta kelancaran sesi temuduga. 

B. Semasa Temuduga 

1. Pemilihan pakaian 

Calon mesti memakai pakaian yang sesuai mengikut Kod Etika Pakaian Temuduga yang telah ditetapkan. Rujuk laman portal SPA di alamat http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/ASPA/Nota2April2015.pdf

2. Pemakaian pelitup muka

Calon tidak perlu memakai pelitup muka / face shield sepanjang sesi temuduga diadakan.

3. Persediaan awal

Calon dinasihatkan untuk bersedia sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal sebelum masa temuduga yang dijadualkan.

4. Rakaman sesi temuduga

Calon atau pihak ketiga DILARANG untuk membuat sebarang rakaman sesi temuduga.

5. Posisi tempat duduk ideal

Calon harus memastikan:

i. Jarak antara tempat duduk dan kamera yang sesuai bagi membolehkan panel penemu duga melihat imej calon secara menyeluruh.

ii. Kedudukan kamera yang ideal adalah pada ketinggian paras mata calon. 

iii. Fokus pandangan mata pada kamera (bukannya pada skrin) bagi mewujudkan eye contact yang lebih tepat dengan panel penemuduga

6. Tetapan tambahan pada peranti

Nyahaktifkan fungsi notifikasi pada peranti bagi mengelakkan gangguan notifikasi sepanjang sesi temu duga.

7. Tetapan Tambahan pada Peranti Lain (Jika ada)

Peranti ditetapkan dalam mod senyap. 

8. Permulaan sesi temuduga 

Sesi temu duga dikira bermula sejurus sahaja panel penemu duga memulakan perbualan dan mengalu-alukan kehadiran calon.

9. Pemakluman kepada panel penemuduga kiranya berlaku gangguan teknikal semasa temuduga

Calon perlu memaklumkan kepada panel penemu duga sekiranya terdapat gangguan teknikal semasa sesi temuduga. Contohnya, suara panel penemuduga tidak dapat didengari calon.

10. Penamatan sesi temuduga 

Calon disarankan untuk memastikan talian pada aplikasi yang digunakan diputuskan sejurus sesi temuduga selesai.

Panduan Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI) 2021

Semoga perkongsian Panduan Temuduga SPA Secara Online In Situ 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.