Cara Claim dan Tebus RM50 Kredit e-Penjana Melalui Boost, GrabPay & Touch N'Go

Cara Claim dan Tebus RM50 Kredit e-Penjana Melalui Boost, GrabPay & Touch N'Go|BAGAIMANA cara tebus RM50 kredit e-Wallet? Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya kepada individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera bakal menerima RM50 kredit e-Wallet. Untuk makluman anda, tempoh tebus RM50 kredit ePENJANA adalah mulai 31 Julai 2020 hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Cara Claim dan Tebus RM50 Kredit e-Penjana Melalui Boost, GrabPay & Touch N'Go

Sedia maklum, kerajaan telah  mengumumkan satu inisiatif khas iaitu RM50 eWallet khususnya kepada individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera. Jangkaan penerimaan RM50 eWallet ini boleh dibuat pada bulan Julai 2020. Tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.

Cara Claim dan Tebus RM50 Kredit e-Penjana Melalui Boost, GrabPay & Touch N'Go

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Tebus RM50 Kredit e-Penjana termasuk cara daftar Aplikasi MySejahtera:

Apakah Aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.


Tarikh Bayaran RM50 Kredit e-Penjana

Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Cara Claim RM50 Kredit e-Penjana

1. Setiap pemohon mesti memuat turun aplikasi Grab, Boost dan Touch n Go Digital dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah daripada 31 Julai hingga 24 September 2020 manakala tarikh penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

2. Pemohon disaran memuat turun dan mengemaskini data di dalam aplikasi MySejahtera. Manakala peniaga dan peruncit perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang berkenaan dan mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga ePENJANA yang lancar di kedai-kedai mereka.

Cara Claim dan Tebus RM50 Kredit e-Penjana Melalui Boost, GrabPay & Touch N'Go

Syarat Kelayakan Penebusan RM50 Kredit e-Penjana

Untuk layak menuntut RM50 ePENJANA, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Mestilah 18 tahun dan ke atas
3. Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini di LHDN
4. Sudah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera

Cara Download Aplikasi MySejahtera

Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my

Langkah 2: Masukkan no. telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda.

Langkah 3: Tekan pada butang ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839.

Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’.

Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’.

Langkah 6: Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’.

Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera tersebut.

Langkah 8: Log masuk

Semoga perkongsian Cara Tebus RM50 Kredit e-Penjana Melalui Boost, GrabPay & Touch N'Go ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.