Tarikh Bayaran RM50 Kredit e-Penjana Mulai 31 Julai 2020 (Cara Tebus)

Tarikh Bayaran RM50 Kredit e-Penjana Mulai 31 Julai 2020 (Cara Tebus)|BAGAIMANA cara tebus RM50 kredit e-Wallet? Perhatian buat rakyat Malaysia khususnya kepada individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera bakal menerima RM50 kredit e-Wallet. Untuk makluman anda, tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Tarikh Bayaran RM50 Kredit e-Penjana Mulai 31 Julai 2020 (Cara Tebus)

Sedia maklum, kerajaan telah  mengumumkan satu inisiatif khas iaitu RM50 eWallet khususnya kepada individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera. Jangkaan penerimaan RM50 eWallet ini boleh dibuat pada bulan Julai 2020. Anda disarankan memuat turun aplikasi MySejahtera untuk menebus RM50 eWallet menerusi Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.

Tarikh Bayaran RM50 Kredit e-Penjana Mulai 31 Julai 2020 (Cara Tebus)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Tarikh Bayaran RM50 Kredit e-Penjana termasuk cara tebus dan daftar Aplikasi MySejahtera:

Apakah Aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Program RM50 Kredit e-Wallet (PENJANA)

Program pemberian RM50 ewallet Mysejahtera masih dalam proses. Kerajaan akan membuat pengumuman permulaan program ini tidak lama lagi. AplikasI MySejahtera ini boleh dimuat turun menerusi Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.


Tarikh Bayaran RM50 Kredit e-Penjana

Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Cara Download Aplikasi MySejahtera

Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my

Langkah 2: Masukkan no. telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda.

Langkah 3: Tekan pada butang ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839.

Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’.

Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’.

Langkah 6: Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’.

Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera tersebut.

Langkah 8: Log masuk

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran RM50 Kredit e-Penjana Mulai 31 Julai 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.