Semakan Status Bayaran BSH Fasa 3 (Julai) 2020 Bagi Isi Rumah & Bujang

Semakan Status Bayaran BSH Fasa 3 (Julai) 2020 Bagi Isi Rumah & Bujang|BILAKAH tarikh semakan status pembayaran BSH Fasa 3 bagi kategori isi rumah dan bujang? Berita baik buat pemohon BSH yang ingin ketahui semakan status pembayaran BSH Fasa 3 (Julai) tahun 2020. Berikut dikongsikan Cara Semakan Status Bayaran BSH Fasa 3 Online buat panduan anda.

Semakan Status Bayaran BSH Fasa 3 (Julai) 2020 Bagi Isi Rumah & Bujang

Menerusi Portal BSH, tarikh pembayaran BSH Fasa 3 bersama Tambahan RM100 dijangka adalah sebelum akhir bulan Julai 2020. Kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 adalah kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Semakan Status Bayaran BSH Fasa 3 (Julai) 2020 Bagi Isi Rumah & Bujang

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Semakan Status Bayaran BSH Fasa Ketiga (Julai) secara online:

Cara Semakan Status Pembayaran BSH Fasa 3 Online

Bagi menyemak status pembayaran, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari Portal Rasmi BSH secara online menerusi pautan di https://bsh.hasil.gov.my

2. Pilih MENU SEMAKAN STATUS PERMOHONAN (Maklumat Pembayaran Status BSH 2020).

3. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan untuk semakan status anda.

4. Status permohonan akan dipaparkan setelah anda berjaya menyemak status permohonan, paparan status akan memaparkan maklumat di bawah:

◼️Dalam proses pengkreditan – Anda hendaklah semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
◼️Tunai - Penunaian BSN dengan membawa MyKAD asal penerima apabila wujud No. Baucar pada semakan status anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BSH, sila mengunjungi ke kaunter LHDN yang terdekat atau layari Portal BSH di https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Semakan Status Bayaran BSH Fasa 3 (Julai) 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.