Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)|ANDA ingin daftar banking online BSN? Berita baik buat pengguna BSN yang ingin mendaftar internet banking MyBSN secara online. Untuk makluman anda, kini pendaftaran MyBSN Banking boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi BSN. Berikut dikongsikan Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 buat panduan anda.

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)

Sedia maklum, MyBSN merupakan sebuah portal internet yang mengandungi semua maklumat tentang BSN serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Daftar Online Banking MyBSN termasuk cara login akaun BSN:


Pendaftaran MyBSN Online Banking

1. Layari laman web rasmi MyBSN secara online menerusi pautan di https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/

2. Kemudian, klik pada butang ‘First Time Registration’.

3. Setelah pada ‘Terms & Conditions’, klik pada butang ‘Accept’.

4. Masukkan No. Kad debit/ kredit. Isikan maklumat yang diperlukan sahaja. Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit /kredit anda di bahagian belakang yang tertera tiga nombor.

5. Sekiranya anda Warganegara Malaysia, sila isikan ‘New IC Number’. Bagi yang guna passport bukan guna IC, pilih ‘Military IC/ Passport Number.

6. Masukkan butiran username, password, kod OTP dan online image.

7. Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan ‘click here’ untuk login dan masukkan username dan password anda.

Cara Login MyBSN Online Banking

1. Masukkan username anda yang didaftarkan.
2. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
3. Kemudian, masukkan Kata Laluan yang didaftarkan.
4. Setelah dapat akses, isikan maklumat peribadi anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BSN atau hubungi di talian 1300 - 88 - 1900.

Semoga perkongsian Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.