Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Kemahiran Gred H19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Kemahiran Gred H19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Kemahiran Gred H19? Berita baik buat anda lepasan SPM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Kemahiran Gred H19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Kemahiran Gred H19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Kemahiran Gred H19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Kemahiran Gred H19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Kemahiran Gred H19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Kemahiran Gred H19:

Gaji Pembantu Kemahiran Gred H19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,377
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19:

Tugas Pembantu Kemahiran Gred H19 adalah bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Syarat Kelayakan Pembantu Kemahiran Gred H19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran Gred H19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.