Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29? Berita baik buat anda lepasan SPM/ Diploma yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29.


Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29:

Gaji Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,549
◾ Gaji Maksimum: RM 5,701
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29:

Tugas Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 adalah bertanggungjawab ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan, Permohonan Pelan Susun Atur, Permohonan Kelulusan Landskap, Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan. Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF), Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau

ii. Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.