Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29? Berita baik buat anda lepasan SPM/ Diploma yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Kementerian Sumber Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29:

Gaji Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,549
◾ Gaji Maksimum: RM 5,701
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29:

Tugas Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 ialah pembantu kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.

Syarat Kelayakan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau

ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.