Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pengawas Hutan Gred G19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pengawas Hutan Gred G19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pengawas Hutan Gred G19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pengawas Hutan Gred G19? Berita baik buat anda lepasan SPM/SKM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pengawas Hutan Gred G19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pengawas Hutan Gred G19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pengawas Hutan Gred G19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pengawas Hutan Gred G19
akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pengawas Hutan Gred G19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pengawas Hutan Gred G19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pengawas Hutan Gred G19:

Gaji Pengawas Hutan Gred G19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,357
◾ Gaji Maksimum: RM 4,008
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pengawas Hutan Gred G19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pengawas Hutan Gred G19:

Tugas Pengawas Hutan Gred G19 adalah bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

Syarat Kelayakan Pengawas Hutan Gred G19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pengawas Hutan Gred G19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G19

i. Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).

iii. Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pengawas Hutan Gred G19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.