Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N41 2019

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N41 2019|ADAKAH anda calon Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Gred N41 bagi tahun 2019? Menerusi Portal Rasmi SPA, tarikh peperiksaan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Gred N41 bakal diadakan pada 23 Ogos 2019 (Hari Jumaat). Berikut dikongsikan contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Gred N41 buat rujukan anda.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N41 2019

Untuk makluman anda, Ujian Psikometrik merupakan gabungan 2 perkara iaitu psikologi dan metrik. Ujian Psikometrik ini dijalankan bertujuan untuk mengukur kecenderungan minat anda.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N41 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Gred N41 tahun 2019:

1. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti.

A. Ya      B. Tidak

2. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

A. Ya      B. Tidak

3. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Ya      B. Tidak

4. Saya boleh bekerja dalam semua keadaan termasuk kecemasan

A. Ya      B. Tidak

5. Jumlah harga 45 biji durian ialah RM270. Berapakah harga purata sebiji durian?
A. RM 6.00
B. RM 6.50
C. RM 7.50
D. RM 8.00

6. Nisbah bilangan guli putih kepada guli merah ialah 3 : 5 . Cari peratusan bagi guli merah?
A. 61.5%
B. 62.5%
C. 62.0%
D. 61.0%

7. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar ?
A. 2.7%
B. 3/4
C. 0.013
D. 16/4

8. Apakah huruf tertinggal dalam siri dibawah? CA, DB, EC, FD?
A. EF
B. GH
C. GE
D. JK

9. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32    C. 30.2
B. 3.2      D. 32

10. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0     C. 4.5
B. 3.5     D. 5.0

Rujukan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Gred N41

Berikut adalah rujukan Ujian Psikometrik  yang anda boleh mendapatkan melalui link dibawah:

Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Gred N41 ini dijadikan rujukan buat semua calon SPA!

DISCLAIMER : Contoh soalan yang dikongsikan adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan ataupun soalan bocor!

No comments

Powered by Blogger.