Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19. Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19.
Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
◾ Gaji Minimum: RM 1,377
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100
Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 adalah seperti dibawah:
1. Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
2. Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
3. Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
4. Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
5. Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
6. Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
7. Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
8. Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,435.12); atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,493.24).
Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!
Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19:Gaji Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:◾ Gaji Minimum: RM 1,377
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100
Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19:Tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 adalah seperti dibawah:
1. Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
2. Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
3. Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
4. Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
5. Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
6. Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
7. Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
8. Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19:a. Warganegara Malaysia;

Post a Comment