Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penerangan Gred S19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penerangan Gred S19|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Penerangan Gred S19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Penerangan Gred S19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Penerangan Gred S19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pembantu Penerangan Gred S19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penerangan Gred S19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Penerangan Gred S19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Penerangan Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Penerangan Gred S19, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penerangan Gred S19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Penerangan Gred S19:

Gaji Penolong Pembantu Penerangan Gred S19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,355
◾ Gaji Maksimum: RM 4,007
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Penerangan Gred S19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Penerangan Gred S19:

Tugas Pembantu Penerangan Gred S19 adalah membantu mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar, membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara, menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan, mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan dan membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media.

Syarat Kelayakan Pembantu Penerangan Gred S19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Penerangan Gred S19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Penerangan Gred S19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.