Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM/ SVM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Meteorologi Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Meteorologi Gred C41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29:

Gaji Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,505
◾ Gaji Maksimum: RM 5,696
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29:

Tugas Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 adalah bertanggungjawab menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

ii. Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

iii. Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12); atau

iv. Diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.