Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19:

Gaji Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,353
◾ Gaji Maksimum: RM 4,005
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19:

Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 adalah bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

Syarat Kelayakan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.