Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Kastam Gred WK41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Kastam Gred WK41|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Penguasa Kastam Gred WK41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penguasa Kastam Gred WK41? Berita baik buat anda lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penguasa Kastam Gred WK41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penguasa Kastam Gred WK41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Kastam Gred WK41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penguasa Kastam Gred WK41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penguasa Kastam Gred WK41, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Kastam Gred WK41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penguasa Kastam Gred WK41:

Gaji Penguasa Kastam Gred WK41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,094
◾ Gaji Maksimum: RM 9,585
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Penguasa Kastam Gred WK41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penguasa Kastam Gred WK41:

Tugas Penguasa Kastam Gred WK41 adalah memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Syarat Kelayakan Penguasa Kastam Gred WK41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penguasa Kastam Gred WK41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau

iii. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau

iv. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau

v. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau

vi. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41: RM3,027.19)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK41. Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.