Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Bomba Gred KB41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Bomba Gred KB41|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Penguasa Bomba Gred KB41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penguasa Bomba Gred KB41? Berita baik buat anda lepasan Ijazah/ Sarjana/ PHD yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penguasa Bomba Gred KB41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penguasa Bomba Gred KB41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Bomba Gred KB41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penguasa Bomba Gred KB41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penguasa Bomba Gred KB41, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penguasa Bomba Gred KB41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penguasa Bomba Gred KB41:

Gaji Penguasa Bomba Gred KB41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,094
◾ Gaji Maksimum: RM 9,604
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Penguasa Bomba Gred KB41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penguasa Bomba Gred KB41:

Tugas Penguasa Bomba Gred KB41 adalah memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan, mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Syarat Kelayakan Penguasa Bomba Gred KB41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penguasa Bomba Gred KB41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan darpiada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,094.00); atau
ii. Ijazah sarjan muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi penhajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 : RM2,300.73); atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41: RM2,404.51); atau
iv. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41: RM2,508.29); atau
v. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41: RM2,612.07).
 
d. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
e. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penguasa Bomba Gred KB41! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.