Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19? Berita baik buat anda lepasan SPM/ SKM/ SVM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Kementerian Sumber Manusia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19:

Gaji Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,352
◾ Gaji Maksimum: RM 4,003
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19:

Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 adalah bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat / kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan ke majikan-majikan / perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.

Syarat Kelayakan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.