Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Operasi Gred N11
Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Operasi Gred N11|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Operasi Gred N11? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan Pembantu Operasi Gred N11? Berita baik buat anda lepasan PMR atau PT3 yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Operasi Gred N11. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Operasi Gred N11.
Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Operasi Gred N11 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di kementerian/jabatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Operasi Gred N11, pemohon boleh membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Operasi Gred N11
Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Operasi Gred N11:
Gaji Pembantu Operasi Gred N11
Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:
◾ Gaji Minimum: RM 1,216
◾ Gaji Maksimum: RM 2,983
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 80
Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11
Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Operasi Gred N11:
Tugas Pembantu Operasi Gred N11 adalah melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].
Syarat Kelayakan Pembantu Operasi Gred N11
Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Operasi Gred N11:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Operasi Gred N11! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses temuduga!

Post a Comment