Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Latihan Gred E41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Latihan Gred E41|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Latihan Gred E41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Latihan Gred E41. Berita baik buat anda lepasan Ijazah yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Latihan Gred E41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pegawai Latihan Gred E41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Latihan Gred E41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Latihan Gred E41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Kementerian Belia dan Sukan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Latihan Gred E41, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Latihan Gred E41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Latihan Gred E41:

Gaji Penolong Pegawai Latihan Gred E41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,083
◾ Gaji Maksimum: RM 9,549
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Pegawai Latihan Gred E41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Latihan Gred E41:

Tugas Pegawai Latihan Gred E41 adalah bertanggungjawab merancang, mengelola dan mengawasi perjalanan Unit Latihan Kemahiran bagi semua jurusan. Mengajar dan memberi kuliah kepada pelatih-pelatih mengikut jurusan. Mengawal kesempurnaan perjalanan kursus-kursus kemahiran objektif yang ditetapkan bagi semua jurusan. Mengurus penempatan latihan loji (sambil kerja) dan menentukan kesempurnaan latihan. Menyelaras peperiksaan pelatih, membuat kajian, penilaian susulan kepada bekas pelatih. Berhubung dengan pihak luar mengenai latihan tambahan kepada pelatih. Menyelaras kurikulum kemahiran dengan pihak luar, seperti swasta bagi kegunaan institut. Bertindak sebagai kaunselor kepada pelatih.


Syarat Kelayakan Pegawai Latihan Gred E41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Latihan Gred E41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau

iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau

iv. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

v. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

vi. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau

vii. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Latihan Gred E41! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.