Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Pegawai Penilaian Gred W29. Berita baik buat anda lepasan Diploma yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penilaian Gred W29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Penilaoan dan Perkhidmatan Harta. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Penilaian Gred W29, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29:

Gaji Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,498
◾ Gaji Maksimum: RM 5,678
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29:

Tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 adalah seperti dibawah:

i. Kementerian Dalam Negeri
👉 Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

ii. Kementerian Pengangkutan
👉 Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

iii. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
👉 Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

iv. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
👉 Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

v. Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
👉 Memungut butir-butir mengenai jual beli harta, sewaan, hak milik tanah, mengira keluasan tanah, menganalisis butir-butir jual beli, mengawas dan melaksanakan urusan latihan dan pengurusan pentadbiran yang berkaitan.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

ii. Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

iii. Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,851.28)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penilaian Gred W29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.