Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Meteorologi Gred C41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Meteorologi Gred C41|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Meteorologi Gred C41? Berita baik buat anda lepasan Ijazah yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Meteorologi Gred C41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Meteorologi Gred C41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Meteorologi Gred C41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Meteorologi Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Meteorologi Gred C41, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Meteorologi Gred C41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Meteorologi Gred C41:

Gaji Pegawai Meteorologi Gred C41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,317
◾ Gaji Maksimum: RM 9,620
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41:

Tugas Pegawai Meteorologi Gred C41 adalah bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk.

Syarat Kelayakan Pegawai Meteorologi Gred C41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains atmosfera atau oseanografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau

ii. Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang matematik, fizik atau geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41: RM2,317.00); atau

iii. Ijazah sarjana dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,835.35); atau

iv. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM3,146.69).

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Meteorologi Gred C41! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.