Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penyelidik Gred Q41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penyelidik Gred Q41|ADAKAH anda berminat bekerja di sektor kerajaan sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Penyelidik Gred Q41? Berita baik buat anda lepasan Diploma/ Degree/ PHD yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Penyelidik Gred Q41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan jadual gaji jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penyelidik Gred Q41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Penyelidik Gred Q41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Agensi Angkasa Negara. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Penyelidik Gred Q41, pemohon perlu membuat permohonan
Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Penyelidik Gred Q41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Penyelidik Gred Q41:

Gaji Pegawai Penyelidik Gred Q41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,315
◾ Gaji Maksimum: RM 9,618
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41:

Tugas Pegawai Penyelidik Gred Q41 adalah menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan. Selain itu, menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara dan melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Syarat Kelayakan Pegawai Penyelidik Gred Q41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
(i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau
(iii) ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau
(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41: RM2,730.00); atau
(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau
(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11)

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penyelidik Gred Q41! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.