Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruaudit Gred W41

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruaudit Gred W41|ADAKAH anda berminat bekerja dalam bidang pengauditan? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan Juruaudit Gred W41? Panduan buat calon yang membuat permohonan jawatan Juruaudit Gred W41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Juruaudit Gred W41.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruaudit Gred W41

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Juruaudit Gred W41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Audit Negara Malaysia. Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juruaudit Gred W41, pemohon boleh membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi SPA.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Juruaudit Gred W41

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Juruaudit Gred W41:

Gaji Juruaudit Gred W41

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,094
◾ Gaji Maksimum: RM 9,585
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Juruaudit Gred W41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Juruaudit Gred W41:

Tugas Juruaudit Gred W41 adalah mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Syarat Kelayakan Juruaudit Gred W41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Juruaudit Gred W41:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73); atau

4. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau

5. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41: RM2,819.63); atau

6. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41); atau

7. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM3,027.19)

Join Group Telegram Exam Juruaudit Gred W41 2018

KLIK 👉 https://t.me/rujukanjuruaudit2018

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Juruaudit Gred W41 tahun 2018! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses temuduga!

No comments

Powered by Blogger.